April 19, 2013

Preview Perlawanan: PKNS FC vs Kelantan FA


Barisan Kemungkinan

PKNS FC

Remezy
Noor - Remeli (c) - Zahid - Gunanlan

Faiz Isa - Azrin - Syamsul - Dzulkifli
Faiz
Wleh

KELANTAN

Fahmi
Ishak - Nik Shahrul - Obinna - Jamaludin
Subri - Badhri (c) - Shakir - Rosli
Indra - Nwakaeme

PKNS FC mungkin tidak mahu ingat kembali sejarah silam apabila dua kali tewas di tangan Kelantan pada musim ini, iaitu dalam Piala FA dan dalam Liga Super. Walau bagaimanapun, dalam perlawanan minggu lepas ATM yang tidak pernah menewaskan Kelantan dalam 12 perlawanan berjaya menang di kubu keramat Kelantan. PKNS dilihat mahu mencuba nasib seperti ATM dalam perlawanan malam ini.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa, meletakkan kekalahan Kelantan pada minggu lepas adalah akibat jadual perlawanan yang begitu padat. Kelantan kini berada pada kedudukan kelapan liga 10 mata dibelakang pendahulu. 


Bojan Hodak semestinya akan memberikan fokus kepada tenaga anak buahnya untuk perlawanan bagi perebutan piala selepas dilihat sedikit sukar untuk mengekalkan momentum dalam saingan liga.

Pasukan tuan rumah malam ini pasti mahu menjadikan ATM sebagai idola, yang mana mampu menyerap tekanan Red Warriors sebelum berjaya membuahkan kemenangan kritikal 3-1 ke atas Pahlawan Merah. 


Patrick Ronaldinho Wleh pasti akan menjadi ayam tambatan buat PKNS FC di samping menguji taktikal Haji Abdul Rahman Ibrahim untuk menggunakan pemain muda Nazmi Faiz. Seorang lagi pemain import PKNS, Helmi Loussaief masih lagi dibelenggu kecederaan.

Sebagai pasukan pelawat, Kelantan datang dengan semangat kemenangan selepas berjaya menewaskan Sarawak di Kuching pada Selasa lepas, dan akan terbang ke Maldives untuk berhadapan dengan Maziya Sports & Recreation tiga hari selepas perlawanan malam ini. Bojan harus menggunakan sistem pusingan pemain  untuk menghadapi perlawanan selepas ini. 


Obinna yang terlepas perlawanan dengan ATM dan Nwakaeme yang terlepas perlawanan menentang Sarawak akan diturunkan dalam perlawanan malam ini. Bagi Kelantan, mereka harus mencatat kemenangan malam ini dan tidak harus melepaskan sebarang mata jika mahu terus berjuang untuk ke puncak liga.