April 2, 2013

Bojan Optimis Walau Berhadapan Pasukan Mantap



Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak percaya pasukannya akan berhadapan dengan perlawanan yang sukar menentang juara liga Vietnam, namun yakin pasukannya akan melakukan yang terbaik

Kelantan berharap dapat mengekalkan rekod tanpa kalah apabila berhadapan dengan pasukan SHB Da Nang FC dalam pertemuan kumpulan G dalam Piala AFC di Stadium Sultan Muhammad IV.

Bojan Hodak berkata pasukannya berazam untuk mengutip tiga mata walaupun berhadapan dengan lawan yang agak sukar.

"Saya percaya ia akan menjadi satu perlawanan yang sengit kerana mereka adalah pasukan yang terbaik di Vietnam.

"Penyerang mereka adalah penjaring terbanyak dalam liga Vietnam dan mereka juga mempunyai pemain yang bagus yang mana sebahagian daripadanya bermain untuk skuad negara.

"Mereka adalah sebuah pasukan yang mempunyai banyak pengalaman dan telah bermain bersama untuk beberapa tahun," tambah Bojan lagi.

The Red Warriors mencatat keputusan sekali menang dan sekali seri dalam kumpulan, manakala SHB Da Nang FC telah menang dua perlawanan.

Bojan juga mengesahkan Dickson Nwakaemi dan Petratos akan bermain malam ini.

"Jadi saya berharap mereka dapat bermain seperti sebelum ini," tambah Bojan.