March 30, 2013

Bojan Hodak Tidak Selesa Dengan Jadual Perlawanan yang Padat


Disebalik kemenangan ke atas ATM di Paroi, pengendali Kelantan, Bojan Hodak masih merasakan pasukannya terpaksa berhadapan perlawanan seterusnya dengan keadaan yang sukar akibat jadual perlawanan yang padat

Kelantan terpaksa berhempas pulas sebelum berjaya menewaskan ATM 3-2 di Paroi semalam.

Disebalik mendapat tiga mata berharga, Bojan Hodak merasa tidak senang hati melihat kepada jadual pasukan Kelantan yang begitu padat.

"Tidak ada pasukan lain di dunia ini yang bermain dengan banyak perlawanan selain kami.

"Kami harus bermain lebih dari 10 perlawanan dalam masa satu bulan," ujar Bojan selepas perlawanan semalam.

Ulasan mengenai perlawanan, Bojan dengan pendiriannya menyatakan pasukannya melakukan yang terbaik walaupun dilihat ada saingan yang sengit dari pihak lawan.

"Mereka telah melakukan yang terbaik, terutama penyerang kita yang berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir perlawanan."

Apabila ditanya mengenai prestasi Keita Mandjou, Bojan menjawab," Keita semakin meningkat untuk menjadi pemain yang lebih bagus.

"Kami masih mempunyai masa untuk membuat keputusan tentang masa depannya bersama Kelantan."

Hodak telah diberi amaran oleh pegawai perlawanan setelah bertelagah dengan penjaga garisan apabila Indra disahkan berada dalam kedudukan ofside selepas berjaya menjaringkan gol.

Namun, jurulatih dari Croatia itu tidak mahu memberi apa-apa ulasan mengenai insiden itu.