September 19, 2011

Pendekar Muda UPSI Jadi Taruhan!

Mempertaruhkan pesilat muda. 

BERAKSI tanpa barisan pesilat senior, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) tetap optimis untuk memburu pingat pada Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang sedang berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Jurulatihnya Mohd Zulkefli Ahmad Tahil berkata, dua pesilat seniornya terpilih untuk mewakili negara bagi kategori institusi pengajian tinggi (IPT) Luar Negara, menyebabkan beliau kehila-ngan tonggak pesilat utama.

Dua pesilat UPSI tersebut, Zaiton A Koang yang beraksi dalam kategori Puteri A (wanita) dan Nordiana Mohamad (Kategori Puteri D).

“Saya harap penampilan pesilat baru dari skuad pelapis tidak akan mengecewakan,” katanya. - Bernama. 

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!