March 30, 2013

Pemain Kelantan Sombong?

Hari ini kecoh di lama-laman sosial tentang pengakuan seorang peminat bola sepak yang kecewa dengan sikap segelintir pemain-pemain pasukan Kelantan. Ini adalah pengakuan daripada peminat tersebut:

Cuma nak cerita utk tatapan bersama. Tengahari semalam (Khamis) saya dan keluarga berhenti rehat di r&r seremban utk makan. Alangkah gembira hati anak saya kerana berjumpa dengan pemain Kelantan iaitu Piya, apek , inderaputra sdg makan disitu. Apa yg saya kesalkan ialah sikap pemain ini sbb apabila diajak bergambar mereka palingkan muka. Inikah sikap pemain yg lagak bak superstar.Anak saya menyesal bergambar dan terus delete gambar mereka. Ini sbg ingatan kpd pemain bola iaitu jgn berlagak sbb liga malaysia bukanlah liga setaraf eropah atau asia. Saya puji pemain spt mahali, norazlan(selangor), azamudin, dan lain2 yg tidak sombong apabila jumpa peminat. Pesanan saya kpd pemain kelantan ni, jgn cepat lupa diri sbb populariti anda tidak kemana pun..

Dan ini pula adalah bukti gambar berdasar kepada pengakuan tersebut:


Tidak dapat diketahui sejauh mana kesahihan berita ini. Jadi diharap para pemain yang dikatakan terlibat dalam insiden ini dapat tampil untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

*Sumber kenyataan dan gambar diperolehi daripada facebook Info Skuad Harimau Malaya