April 2, 2013

Ulasan Pra-Perlawanan Piala AFC: Kelantan dan SHB Da Nang FC Mahu Kekal Rekod Tanpa Kalah



Juara Liga Super Malaysia akan bertemu juara V-League dan kedua-dua pasukan dilihat mahu meneruskan rekod tanpa kalah dalam kempen Piala AFC

Barisan Kemungkinan Kelantan

Fahmi
Daudsu - Nik Shahrul - Obinna - Zairul
Farhan - Badhri - Nwakaiemi - Faiz
Indra - Petratos

Barisan Kemungkinan SHB Da Nang FC

Thanh Binh
Duy Lam - Hai Lam - Goia - Tan Dien
Anh Khoa - Minh Phuong - Thanh Hung - Quach Tan
Merlo - Mrwand

The Red Warriors akan melalui perlawanan dengan berada dalam prestasi terbaik selepas berjaya menewaskan pendahulu Liga Super ATM 3-2 di Paroi.

Bojan Hodak telah memaklumkan kepada umum bahawa Dimitri Petratos dan Dickson Nwakaemi akan bermain dalam perlawanan ini kerana khidmat mereka amat diperlukan. Kelantan sekali lagi akan menggunakan Badhri Radzi untuk memainkan peranan di bahagian tengah.

Khairul Fahmi Che Mat juga bersedia untuk meneruskan khidmatnya di gawang gol. Dia merupakan salah seorang pemain yang begitu cemerlang ketika perlawanan menentang ATM, manakala Norfarhan pula mungkin akan diletakkan dalam kesebelasan utama setelah berjaya menjaringkan gol kemenangan keatas ATM.

Bagi SHB Da Nang FC, dua pemain penting mereka iaitu Huynh Quoc Anh dan Pham Nguyen tidak akan bersama pasukan ke Malaysia kerana direhatkan akibat bermain dengan jadual yang padat.

Namun, kesemua pemain senior mereka akan bertandang ke Kota Bharu.

TRIVIA

-Kelantan, yang menang tiga piala pada 2012, kini sedang berada dalam kelompok pertengahan Liga Super Malaysia.

-Badhri Radzi dipanggil untuk penampilan pertamanya bersama skuad Malaysia.

-SHB Da Nang FC kini sedang mengungguli carta V-League.

-Penyerang dari Argentina, Sebastian Gaston Merlo, yang memenangi Kasut Emas tiga kali dalam empat musim V-League bakal bermain dalam perlawanan malam ini.