May 14, 2012

Menjadi Pasukan Pilihan Adalah Tekanan Buat Kami - Hodak



"Saya merasa gembira dengan persembahan anak buah saya malam ini. Hasil daripada beberapa set-pieces, PKNS langsung tidak membahayakan kami kerana kami sentiasa menjaga pertahanan kami supaya lebih berdisiplin."


"Disebabkan setiap orang bermain dengan baik, sejujurnya saya pening untuk memilih kesebelasan utama menentang Sime Darby dalam final Piala FA minggu depan", katanya.


Kelantan kini dilihat boleh berehat sebelum perlawanan final setelah mereka terpaksa tempuhi jadual yang padat minggu lepas. Namun jadual yang padat itu tidak memberikan impak yang besar buat mereka apabila berjaya mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan terakhir.


Pada minggu seterusnya juga Kelantan sekali lagi terpaksa melalui minggu yang kejam apabila akan bertemu Johor FC dalam Super League, menentang Sime Darby dalam final Piala FA dan pertemuan setempat menentang Terengganu FA dalam perlawanan Piala AFC.


Bojan juga kekal realistik apabila ditanya mengenai peluang Kelantan untuk memenangi perlawanan akhir Piala FA minggu depan.


"Menjadi pasukan pilihan memberi tekanan kepada kami. Namun anak buah saya akan mendapat kejayaan minggu depan".


"Salah satu sebab Kelantan berada di tempatnya sekarang adalah kerana kesemua anak buah saya mempunyai mentaliti sebagai seorang juara. Inilah yang memisahkan pasukan kami dengan pasukan lain".