December 19, 2011

Man United Sedia Tawar Khedira?




Man United kini mula berminat untuk mendapatkan midfielder Real Madrid iaitu Sami Khedira bagi menampung krisis kecederaan yang dialami oleh beberapa tonggak kelab itu menjelang tahun baru. Khedira yang kurang mendapat tempat di Real Madrid dilaporkan mula mencari kelab baru.

Merujuk kepada laman peminat Footy Bunker, Khedira hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford pada Januari 2012.

Di Real Madrid, khidmat Khedira tidak digunakan sepenuhnya dan menjejaskan prestasinya yang berstatus bintang. Sejak tiba di Madrid daripada kelab lama iaitu VfB Sttutgart, ia jarang diturunkan dan untuk musim ini, ia hanya diturunkan sebanyak 17 kali dalam keseluruhan perlawanan.

United bakal menawarkan GBP15 juta untuk membawa pemain kebangsaan Jerman itu ke England.