December 19, 2012

Kelantan Yakin Mampu Pertahan Tiga Piala


Kelantan yakin mereka masih lagi sebuah pasukan yang kuat untuk ditentang dalam mempertahankan ketiga-tiga piala yang dimenangi disebalik kehilangan beberapa pemain penting.



Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) percaya The Red Warriors masih mampu mempertahankan ketiga-tiga gelaran yang dimenangi dan yakin akan kedudukan dalam Liga Super 2013.

Nasir Hamzah, selaku Penolong Bendahari KAFA berkata walaupun beberapa pemain utama meninggalkan Kelantan, ia tidak sedikit pun memberi kesan kepada kekuatan dan persediaan pasukan. Beliau turut menekankan bahawa Kelantan juga telah menandatangani beberapa pemain baru yang lebih berkualiti.

"Saya yakin yang pasukan Kelantan adalah lebih baik daripada sebelum ini, sekaligus memperkuatkan peluang kita untuk mempertahankan tiga piala yang dimenangi musim ini."

Muka baru yang menyertai The Red Warriors untuk musim depan ialah Zairo Annuar Zailani dan Mohd Faiz Subri (T-Team), K. Nanthakumar (Perak), Mohd Haris Safwan Md Kamal (Johor FC) dan dua pemain import. Dimitrios Petratos dan Lek Kcira (dari Australia dan Croatia).

Pemain-pemain baru ini telah menggantikan beberapa pemain yang meninggalkan Kelantan iaitu Mat Yo, Awe, Ramzul, Azlan dan Chanturu.