December 8, 2012

Undian Peringkat Kumpulan Piala AFC: Kelantan dan Selangor Dalam Kumpulan Mudah


Kelantan dan Selangor meneruskan cabaran di peringkat Asia untuk tahun depan disamping meningkatkan prestasi lebih baik dari tahun lepas.


Wakil Malaysia yang akan bermain dalam Piala AFC 2013, Kelantan dan Selangor telah diundi bersama pasukan mudah di peringkat kumpulan.

Juara Malaysia dan salah satu pasukan yang berjaya ke peringkat suku akhir tahun ini, Kelantan diundi dalam Kumpulan G tbersama-sama Ayeyawady United (Myanmar), SHB Da Nang (Vietnam) dan Maziah Sports & Recreation Club (Maldives).

Selangor pula akan kembali dalam kejohanan ini buat kali ketiga selepas menamatkan saingan di kedudukan yang baik dalam Liga Super Malaysia musim ini. Mereka akan menggantikan Lions XII yang tidak dapat mewakili Malaysia walaupun berada pada kedudukan kedua MSL kerana mereka hanya pasukan jemputan. The Red Giants diundi dalam Kumpulan H bersama-sama Tampine Rovers (Singapura), Kingfisher East Bengal (India) dan Saigon Xuan Thanh (Vietnam).

Undian dilakukan di Bukit Jalil, melibatkan 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan, dan akan bermain dengan cara timbal balik bermula 5 Mac sehingga 1 May 2013.

Selepas pusingan pertama, dua pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan layak ke peringkat kalah mati yang akan berlangsung pada 14 dan 15 May 2013.


Group A: Safa (Lib), Kuwait SC (Kwt), Riffa (Bhr), Playoff winners
Group B: Arbil SC (Irq), Al Ansar (Lib), Fanja (Omn), Muharraq (Bhr)
Group C: Al Faisaly (Jor), Duhok (Irq), Al Shaab Ibb (Ymn) Dhofar (Omn)
Group D: Al Qadsia (Kwt), Al Ramtha (Jor), FC Ravshan (Tjk), Al Shorta (Syr)
Group E: Kitchee (HK), Singapore Armed Forces FC (Sg), Semen Padang (Ina), Churchill Brothers (Ind)
Group F: Yangon United (Mya), Sunray Cave JC Sun Hei (HK), New Radiant SC (Mdv), Persibo (Ina)
Group G: Kelantan (Mas), Ayeyawady United (Mya), SHB Da Nang (Vie), Maziah SRC (Mdv)
Group H: Tampines Rovers (Sg), Selangor (Mas), Kingfisher East Bengal (Ind), Saigon Xuan Thanh (Vie)