December 8, 2012

Zairo Anuar Yakin Berjaya Bersama Kelantan


Pemain yang baru ditandatangani Red Warriors berjanji akan memberikan yang terbaik bagi membantu Kelantan meneruskan rentak kemenangan musim hadapan.


Bekas kapten T-Team yakin tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan yang baru, ditambah pula pernah bermain bersama Indra Putra dan Norfarhan ketika dalam pasukan T-Team tahun lepas.

"Saya tidak rasa ia satu masalah untuk menyesuaikan diri dengan pasukan ini dalam masa yang singkat ini kerana saya pernah bermain bersama beberapa orang daripadanya sebelum ini," katanya kepada Berita Harian.

"Saya akan menggunakan segala pengalaman yang ada untuk melakukan yang terbaik untuk Kelantan."

Bermain sebagai playmaker, mempunyai 2 caps bersama Malaysia akan menambahkan lagi keyakinan penyokong untuk memastikan Zairo lebih berjaya bersama pasukan barunya.

"Pasukan ini dikenali dengan penyokongnya yang fanatik dan saya yakin ia akan menjadi inspirasi kepada saya untuk memberikan yang terbaik kepada pasukan."

Zairo menyertai T-Team pada 2010 selepas sembilan tahun bersama pasukan Terengganu. Dia melakukan 58 penampilan dan menjaringkan 28 gol sebelum menyertai skuan Bojan Hodak selepas tamat kontrak bersama T-Team bulan lepas.