December 4, 2012

Skuad Baru TRW Bakal Menyengat!


Juara treble, Kelantan telah mengeluarkan amaran awal kepada musuh-musuh dalam Liga Malaysia dengan ketibaan dua pemain import baru disamping memperkenalkan tiga pemain tempatan yang baru ditandatangani untuk kempen musim depan.


Kelantan mengumumkan telah menandatangani pemain muda dari Australia, Dimitri Petratos untuk musim depan.

Pemain yang berusia 20 tahun itu bermain sebagai penyerang dalam skuad B-20 Australia dan juga bekas pemain Sydney FC dalam A-League pada musim lepas, bakal menggantikan penyerang Lubnan, Muhammad Ghaddar.

Petratos tiba di Kota Bharu semalam bersama-sama dengan empat pemain lain yang baru ditandatangani; pertahan Crotia Lek Kchira dan tiga pemain liga tempatan iaitu Zairo Anuar Zailani, Faiz Subri dan Haris Safwan Kamal.

Tan Sri Annuar Musa, penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), percaya Kelantan akan mampu mempertahankan tiga piala yang telah dimenangi musim ini dan menyasarkan keperingkat lebih jauh dalam benua Asia dengan ketibaan pemain import yang baru.

"Saya yakin dengan adanya gandingan pemain bertaraf dunia dan pemain tempatan akan membantu Kelantan dalam perlawanan menentang pasukan kuat seperti Johor dan ATM musim depan.

"Petratos bermain pada peringkat yang lebih tinggi iaitu bersama Sydney FC dan skuad muda Australia. Bagi saya, dia boleh menjadi aset yang baik untuk kita bila bermain dalam kempen piala AFC," katanya kepada wartawan.

Annuar juga turut mengumumkan dalam majlis yang sama yang Kevin Ramalingam akan dilantik sebagai Chief Excutive Officer TheRedWarriors.com.