December 3, 2012

Petratos Ganti Ghaddar


Pemain Lubnan, Muhammad Ghaddar tidak akan bersama Red Warriors pada musim depan dan diganti oleh pemain muda Australia, Dimitrios Petratos.


Juara treble, Kelantan membuat keputusan yang lebih drastik tentang pemilihan pemain import apabila pemain Lubnan, Ghaddar menolak peluang untuk kekal bersama Kelantan.

Menurut Kosmo, sumber dari kelab telah mengesahkan bahawa penyerang Australian, Dimitrios Petratos akan menggantikan posisi Ghaddar pada musim hadapan.

"Dimitrios Petratos adalah pemain muda dari Sydney FC. Dia juga terlibat dalam skuad bawah 23 Australia dan salah seorang daripada lima orang pemain muda yang dipanggil menjalani latihan bersama skuad senior Australia."

"Kami akan memerhatikan khidmatnya selama enam bulan dan sentiasa mengawasi persembahannya sebelum mengambil sebarang tindakan."

Selain Petratos, Kelantan juga dilaporkan berminat untuk menandatangani penyerang terbaik Malaysia, Safee Sali berikutan kehilangan Mat Yo yang berpindah ke Johor.