December 1, 2012

Shakir Shaari Bakal Menghentikan Andik

Dalam perlawanan antara Malaysia menentang Indonesia malam ini, Shakir
Shaari mengakui ancaman mungkin akan datang dari pemain tengah mereka,
Andik Vermansyah.

"Mereka mempunyai pemain-pemain midfield yang cukup baik dan ini
merupakan ancaman yang besar," katanya kepada Astro Arena.

"Dan Andik pasti akan mengucar ngacirkan pertahanan kita."

Shakir bermain dengan begitu cemerlang bergandingan dengan Safiq Rahim
ketika menewaskan Laos 4-1. Shakir menggantikan tempat Amar Rohidan
yang banyak menerima kritikan peminat ketika Malaysia tewas 0-3 kepada
Singapura.

Andik menjaringkan gol kemenangan buat Indonesia ketika menewaskan
Singapura tempoh hari.

Perlawanan ini pasti menjadi satu perlawanan menarik dan mesti
ditonton kerana Malaysia perlu menang untuk mara ke peringkat separuh
akhir.