January 4, 2012

Catatan Perlawanan EPL Selasa


Man City 3-0 Liverpool
Man City mendapat tiga mata penuh untuk terus berada di puncak liga selepas mencatat kemenangan berkesan ke atas Liverpool di Etihad Stadium.


Pendahulu liga itu menjaringkan gol pembukaan melalui Sergio Aguera apabila rembatan sejauh 22 meter menerjah jaring.


Yaya Toure pula menambah derita pelawat apabila menanduk masuk untuk gol yang kedua selepas mendapat hantaran lintang hasil sepakan penjuru Silva.


Gareth Barry dilayangkan kad merah pada separuh masa kedua, namun Milner menjaringkan gol ketiga Man City melalui sepakan penalti apabila Yaya Toure dijatuhkan dalam kotak.


Tottenham Hotspur 1-0 West Bromwich Albion
Tottenham terpaksa berusaha keras sebelum dapat membenam West Brom di White Hart Lane untuk mereka merapatkan jurang kepada tiga mata dengan Man United.


Spurs terpaksa menunggu lama sebelum pergerakan cantik Gareth Bale menemui Defoe untuk menghantar bola ke gawang sekaligus menewaskan Ben Foster.


Tottenham mendominasi perlawanan, namun sukar untuk menambah jaringan dan hanya berpuas hati dengan jaringan 1-0.


Wigan Athletic 1-4 Sunderland
Martin O'Neill meneruskan rentak kemenangan buat Sunderland apabila menang bergaya ke atas Wigan meletakkan mereka kini berada di tangga ke-10 liga.


Sunderland mendahului melalui sepakan percuma Craig Gardner kemudian James McCleans berjaya menjaringkan gol kedua melalui tandukan.


Hugo Rodallega menjaringkan satu gol buat Wigan, namun Stephane Sessegnon dan David Vaughan menjaringkan gol ketiga dan keempat untuk memastikan Sunderland pulang dengan tiga mata penuh.