Arsene Wenger mengaku bahawa Arsenal perlu mencari skurang-kurangnya seorang pemain pertahanan sebelum tamat musim perpindahan.
Pilihan pertahanan Arsenal semakin kurang pada musim panas ini apabila Philippe Senderos menyertai Fulham dan William Gallas, Mikael Silvestre dan Sol Campbell meninggalkan kelab dengan perpindahan percuma. The Gunners berharap dapat memperbaharui kontrak dengan Campbell, namun begitu bekas pemain England itu telah menyertai Newcastle.
Wenger dilaporkan menyediakan GBP 10M untuk pemain Perancis Lauren Koscienly, dimana Johan Djorou mengalami kecederaan untuk jangka masa yang panjang dengan hanya beraksi dalam satu perlawanan dalam musim yang lepas namun Thomas Vermaaelen mengambil alih tempat tersebut.
Alex Song boleh bermain di posisi tersebut dan saya masih aktif dalam pasaran perpindahan kata Wenger.
"Saya tidak mahu mendedahkan sebarang nama,"kata Wenger semasa menjawab pertanyaan media. Wenger berkata bahawa beliau mempunyai beberapa nama dan masih dalam proses untuk menganalisis kebolehan pemain-pemain tersebut selain melihat kepada kewangan kelab buat masa sekarang.
"Kami masih mencari kerana sekarang kami hanya mempunyai tiga bek tengah daripada lima pada musim lepas. Kami percaya harus mempunyai sekurang-kurangnya empat lagi pemain kerana kami ada pemain lain yang boleh mengisi posisi tersebut tetapi secara keseluruhannya kami masih dalam pencarian."
Walau bagaimanapun kelibat Jan vertonghen untuk ke Emirates seperti tidak akan kesampaian apabila Ajax tidak mahu melepaskan pemain mereka itu.