January 4, 2012

Man United Bakal Bida Alan Dzagoev?



Manchester United dilaporkan merancang untuk membida pemain CSKA Moscow yang berusia 21 tahun Alan Dzagoev dengan yuran perpindahan sekitar GBP20 juta. Midfielder yang mempunyai kebolehan kreatif itu merupakan pemain terbaik Rusia buat masa kini.


Menurut Caught Offside, Man United yakin yang mereka pasti akan dapat menandatangani Dzagoev, yang berminat untuk menyertai Premier League apabila mendapat nasihat dari rakan senegara, Andrey Arshavin.


Pemain yang berusia 21 tahun itu mula bersama CSKA Moscow sejak 2008, dan menjaringkan gol penting semasa menentang United dalam Champions League pada tahun 2009 yang berkesudahan dengan keputusan 3-3.


Dzagoev juga berjaya menarik perhatian beberapa kelab lain termasuk Real Madrid dan Chelsea, namun Man United akan mejadi kelab pertama yang membuat tawaran rasmi untuk pemain itu.