January 7, 2012

Reyes Pulang Ke Pangkuan Asal



Sevilla mengesahkan telah menandatangani Jose Antonio Reyes daripada Athletico Madrid.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol telah menandatangani kontrak tiga tahun setengah bersama Sevilla.

Produk daripada pasukan muda Sevilla, Reyes membuat penampilan pertama bersama kelab itu pada usia 16 tahun dan dengan pantas menjadikan dia sebagai pemain muda yang paling menarik di Eropah.

Dia meninggalkan kelab itu selepas empat tahun untuk bersama Arsenal dan kekal selama tiga musim bersama kelab London Utara itu sebelum kembali ke Sepanyol pada 2007 setelah bersetuju untuk bermain bersama Real Madrid.

Namun dia kemudian menandatangani kontrak bersama Athletico Madrid setahun kemudian. Dia jarang diturunkan ketika di Vicente Calderon, ditambah pula dengan tidak menjadi pilihan utama jurulatih, Gregorio Manzano.

Selepas ketibaan jurulatih baru, Diego Simeone, Reyes yang juga pernah dikaitkan dengan Galatasaray membuat pengakuan mahu bersama kelab yang menaikkan namanya suatu masa dulu.

Reyes dijadualkan tiba ke Sevilla pada Selasa ini namun ia belum bersedia untuk dipersembahkan kepada media.