January 7, 2012

Perpindahan Cahill Semakin Hampir


Owen Coyle percaya Gary Cahill akan meninggalkan Bolton pada minggu ini.


Chelsea telah bersetuju dengan yuran perpindahan Gary Cahill dan bakal menandatangani kontrak bersama The Blues minggu ini.


Kontrak Gary Cahill bersama Bolton sepatutnya tamat pada hujung musim ini namun Coyle tidak mahu menanggung risiko kehilangan Cahill tanpa sebarang bayaran.


Bolton cuba sedaya upaya untuk menghalang Cahill namun akhirnya mereka terpaksa menerima kehilangan aset paling berharga itu.


Coyle mengesahkan bahawa Cahill tidak akan bermain untuk FA Cup menentang Macclesfield pada Sabtu.


Beliau berkata: "Gary Cahill akan menjadi salah seorang pemain yang tidak akan beraksi dalam perlawanan nanti, dan tiada apa-apa yang boleh diperkatakan mengenai spekulasinya bersama Chelsea. Dia merupakan salah seorang pemain yang berkemungkinan akan direhatkan kerana dia telah bermain banyak perlawanan sebelum ini."