January 7, 2012

QPR Mahu Bida Samba


Sumber Sky Sports difahamkan Queens Park Rangers telam membida pertahanan Blackburn, Christopher Samba dengan harga £5m.


Masa depan Samba bersama Blackburn mula menimbulkan spekulasi apabila kelab itu berhasrat untuk mengekalkan pemain itu sehingga perpindahan musim panas nanti.


Arsenal dan Tottenham berminat untuk mendapatkan pemain itu, namun QPR berharap agar dapat membawa pemain itu ke Loftus Road.


Boss QPR, Warnock telah membuat perpindahan seorang pertahanan baru namun sekarang masih lagi berharap agar Samba sanggup bersama mereka.


Blackburn enggan kehilangan Samba dan mereka berusaha untuk mengekalkan pertahanan hebat itu untuk membantu kelabnya dapat mengelakkan diri daripada tersingkir dari Liga Perdana.