January 7, 2012

Snijder Bukan Milik Man United



Jurulatih Inter, Claudio Ranieri memutuskan bahawa Wesley Snijder tidak akan meninggalkan San Siro pada tingkap perpindahan Januari yang sedang berlangsung.


Pemain yang berusia 27 tahun itu sekali lagi dikaitkan dengan perpindahan ke Man United selepas enam bulan namun Ranieri berkeras Snijder tidak akan kemana-mana.


"Dia adalah pemain Inter dan dia akan kekal bersama kami," kata Ranieri semasa sidang akhbar semalam.


The Nerazzurri juga dilaporkan tidak berminat untuk melanjutkan peminjaman Mauro Zarate sehingga hujung musim dan Ranieri tidak mahu berteka-teki berkaitan pemain Argentina itu.


"Saya harap dia mampu lakukan yang terbaik untuk Inter," kata bekas pengurus Chelsea itu.


Ranieri juga percaya pemain sayap mereka, Ricardo Alvarez yang kelihatan tidak konsisten musim ini akan kembali meningkat untuk membantu Nerazzurri.


"Dia masih muda dan masih banyak perkara yang harus dia belajar," kata Ranieri.


"Kamu tahu apa yang saya fikir berkaitan budak itu. Dia mempunyai masa depan yang cerah namun mungkin dia belum dapat mencapai prestasi sebenar sekarang.


"Tapi itu akan berlaku kepadanya."


Inter menduduki tangga ke-5 dalam carta liga Seria A akan kembali menentang Parma di Giuseppe Meazza selepas rehat musim sejuk.