January 9, 2012

Manchester City 2-3 Manchester United | Piala FA






Paul Scholes kembali daripada persaraan dalam usaha Manchester United membalas dendam di atas kekalahan memalukan 6-1 kepada Manchester City- namun penyandang Piala FA itu menunjukkan corak permainan yang superb dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad Stadium.

Pada separuh masa pertama, Man United mendahului dengan 3-0. United terpaksa mengharungi detik yang mendebarkan pada separuh masa kedua apabila sepakan percuma Kolarov melayang masuk ke gawang yang dijaga Lindegaard. Manakala Aguero pula menjaringkan gol kedua buat Man City.

Sepakan percuma kedua daripada Kolarov pada minit-minit akhir perlawanan hampir memberikan gol penyamaan buat City, namun ketangkasan Lindegaard menafikannya. Namun United terus bertahan untuk memberikan kemenangan buat Red Devils sekaligus melayakkan mereka terus berjuang di pusingan keempat.

Sebelum perlawanan bermula, peminat dikejutkan dengan kembalinya Scholes daripada persaraan untuk memperkuatkan jentera United. 

Penalti daripada Rooney berjaya ditepis penjaga gol Man City namun bola muntah di hadapan pintu gol berjaya disudahkan Rooney dengan satu tandukan yang bersahaja.

Rooney bermain dengan cemerlang apabila menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-10 selepas membuat tandukan yang cantik untuk memberikan United mendahului 1-0.

Beberapa minit kemudian, City dikejutkan dengan layangan kad merah yang diberikan kepada Kompany.

Pertahanan Belgium itu dilihat cuba mendapatkan bola daripada kaki Nani dengan tackle yang bersih. Namun pengadil tetap memberikan kad merah atas alasan Kompany menggunakan kedua-dua kakinya untuk menerjah kaki Nani.

Mendapat kad merah ketika menentang Wolves di awal musim, Kompany kini berhadapan dengan penggantungan empat perlawanan- waktu yang tidak sesuai buat Man City selepas kehilangan Kolo dan Yaya Toure yang terpaksa berkhidmat bersama negara dalam Piala Negara-negara Afrika selama sebulan.

United terus menggunakan peluang itu untuk meneruskan kemaraan dan mengembalikan maruah di atas kekalahan 6-1 kepada anak buah Roberto Mancini.

Selepas Lindegaard menyelamatkan rembatan Aguero pada minit ke-14, United mula mendominasi perlawanan dan berjaya mendapatkan gol kedua melalui volley cantik Danny Welbeck.

Kemenangan ini secara tidak langsung menunjukkan kebangkitan Man United selepas dua kali tewas dalam perlawanan liga sebelum ini.