December 19, 2012

Subra Terpaksa Berehat Panjang


Pemain pertahanan Kelantan menjalani pembedahan pada awal Disember selepas perlawanan akhir Piala Malaysia dua bulan lepas dan bakal terlepas untuk beraksi dalam separuh perlawanan musim baru.


S.Subramaniam bakal menjadi pemerhati di luar padang untuk tujuh bulan selepas selesai menjalani pembedahan lutut.

Pemain yang berusia 27 tahun mengalami kecederaan lutut pada bulan Oktober dalam perlawanan akhir Piala Malaysia menentang ATM dan terpaksa dikeluarkan pada separuh masa kedua. Kelantan menang 3-2 dalam perlawanan itu. Dia menjalani pembedahan pada awal Disember dan memberitahu memerlukan enam hingga tujuh bulan untuk kembali cergas.

Sedih dengan berita itu, Subra memberitahu Harian Metro, "Saya amat kecewa dengan keputusan itu- bahawa saya perlu berehat dalam tempoh yang lama."

Walau bagaimanapun, pemain kebangsaan itu percaya ketiadaannya tidak akan mengganggu perancangan Kelantan untuk mengekalkan tiga piala yang dimenangi musim ini.

"Saya yaki kami dapat mengekalkan tiga kejuaraan yang kami perolehi.

"Kita telah menandatangani beberapa pemain yang berkualiti dan menunjukkan prestasi yang baik dalam beberapa perlawanan persahabatan setakat ini.

"Itu petanda baik untuk musim baru," kata bekas pemain Perak itu.