December 19, 2011

Wenger Akui Semakin Sukar Untuk Menjadi Juara




Arsene Wenger mengaku kekalahan kepada Man City merupakan satu tamparan hebat buat Arsenal untuk terus mengejar pendahulu liga itu. Arsenal tewas 1-0 kepada City dan pengurus berbangsa Perancis mengakui selepas ini mereka harus bekerja dengan lebih kuat.

David Silva menjaringkan hanya satu-satu gol dalam perlawanan yang berlangsung di Etihad Stadium bermakna The Citizens berjaya mengutip tiga mata penuh daripada perlawanan itu.

"Kami tidak sepatutnya kalah dalam perlawanan ini kerana ia telah membuatkan kami jauh ketinggalan di belakang. Jika kami menang, kami hanya berada enam mata di belakang City dan apabila Wilshere dan Diaby kembali, skuad kami akan menjadi lebih lengkap untuk pusingan kedua musim ini," ujar Wenger.

"Amat sukar untuk merapatkan jurang mata dengan City, namun kami akan tetap mencuba. Kami tidak dapat menerima kekalahan ini. Tapi kami akan meneruskan cabaran dalam liga dan bakal mendapat sesuatu yang positif. Pasukan ini telah mengalami banyak perubahan yang bagus semenjak Ogos dan saya berbangga dengannya."