Konti njen negara berarak masuk pada majlis pembukaan di Stadium Gelora Sriwijaya, malam tadi.
HARI ini adalah detik terbaik untuk atlit Malaysia tampil mengotakan janji ketika 45 pingat emas menjadi rebutan di dua lokasi - Jakarta dan Palembang dengan acara seperti karate, olahraga, renang dan menembak menjadi sandaran utama kontinjen negara.
Di Jakarta, atlit negara akan memburu 19 emas dipertandingkan pada hari kedua manakala 26 menjadi tumpuan di Palembang ketika bersaing menentang 10 negara jiran lain termasuk tuan rumah, Indonesia.
Dalam acara olahraga, pemegang rekod kebangsaan lontar peluru lelaki, Adi Alifuddin Hussin dan atlit 3,000m larian berhalangan wanita, Melinder Kaur dilabel bakal menuai pingat menerusi disiplin masing-masing.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!