December 12, 2010

PREVIEW PERLAWANANAN EPL 12 DEC 2010

Bolton Wanderes akan menjadi tuan rumah kepada jiran setempat mereka Blackburn Rovers manakala Birmingham akan membuat lawatan pendek ke Wolverhampton di West Midlands.

Perlawanan diteruskan lagi dengan pertemuan menarik antara Tottenham Hotspur dan juara EPL musim lepas Chelsea di White Hart Lane.

BOLTON V BLACKBURN
Dalam tiga perlawanan terakhir, Bolton telah berjaya mengutip tujuh mata di Reebok Stadium manakala Blackburn kalah dalam empat perlawanan mereka semasa bermain di tempat lawan.

Rovers tidak pernah ditewaskan dalam tujuh perlawanan terakhir ke atas Bolton yang telah mengakhiri lima perlawanan tanpa kalah mereka apabila kalah 1-0 kepada Man City minggu lepas.

Sekiranya anak buah Sam Allardyce menang dalam perlawanan malam ini akan mencatatkan kemenangan ke 250 mereka dalam EPL.

WOLVES V BIRMINGHAM
Wolves kini dahagakan mata apabila mereka kalah lima dalam enam perlawanan terakhir dan mereka tahu kemenangan ke atas jiran mereka malam ini akan membawa mereka keluar dari zon penyingkiran.

Wolves tidak pernah dapat menandingi kehebatan Birmingham dalam kedudukan liga sejak 2001. Mereka juga telah dikalahkan oleh Birmingham dalam kedua-dua perlawanan liga pada musim lepas, di mana Lee Bowyer menjaringkan gol awal di Molineux dan Kevin Philips menjaringkan dua gol dalam perlawanan seterusnya.

Sylvan Ebanks-Blake merupakan penyerang Wolves yang paling berjaya buat pasukan itu pada masa kini apabila berjaya menjaringkan empat gol sepanjang perlawanan musim ini. Ini merupakan pencapaian terbaiknya berbanding musim lepas yang hanya berjaya menjaringkan dua gol.

Penyerang Birmingham juga sekarang menghadapi kesukaran dalam menjaringkan gol apabila Jerome dan Zigic hanya berjaya menjaringkan lima gol.

SPURS V CHELSEA
Juara liga musim lalu ini sudah tidak memperolehi kemenangan dalam empat perlawanan terakhir EPL manakala Spurs pula tidak pernah ditewaskan dalam lima perlawanan akhir EPL.
Chelsea tidak pernah mencatat kemenangan di White Hart lane sejak 2005. Spurs berpeluang merapatkan jurang mata kepada satu mata dengan Chelsea sekiranya mereka berjaya menewaskan The Blues di White Hart Lane malam ini.

Pada musim lepas Chelsea tewas 2-1 kepada Spurs di White Hart Lane apabila John Terry diarahkan keluar padang kerana menerima kad merah daripada pengadil. Jermain Defoe berjaya melaksanakan sepakan penalti dan jaringan pemusnah daripada Gareth Bale memusnahkan impian Chelsea yang mendapat gol lewat hasil jaringan Frank lampard.