January 1, 2011

PREVIEW PERLAWANANAN EPL 1 JAN 2011

west brom v man united
west brom kini dalam proses pergerakan ke bawah kedudukan liga dan mereka perlu lari dari kondisi ini dengan segera. keputusan perlawanan di tempat sendiri banyak memihak kepada mereka dengan hanya 3 kekalahan dalam 9 perlawanan namun mereka banyak memberikan gol kepada pihak lawan.

bagi man united pula, mereka begitu yakin untuk menewaskan lawannya pada malam ini. mereka menyatakan bahawa mereka lebih bertenaga selepas sambutan krismas dan mereka lebih kuat dari mana-mana pasukan dalam EPL.

perlawanan malam ini mungkin akan dimenangi oleh man united namun sekiranya ia dimenangi oleh west brom, ia merupakan satu kejutan dalam epl musim ini.

liverpool v bolton
sebelum ini liverpool merupakan pasukan yang cukup digeruni dalam kancah epl. namun selepas xabi alonso dan mascherano dijual, liverpool kini mudah diratah oleh pasukan lain dalam epl. dalam perlawanan menentang wolves, permainan mereka begitu teruk dan menyebabkan mereka tewas 0-1 di gelanggang sendiri. sekiranya corak permainan mereka tidak berubah, mereka mungkin sekali lagi tidak akan berjaya melayakkan diri ke liga juara-juara.

bolton kini berada di tangga ke-6 liga dan mereka bermain dengan baik ketika kecundang di tangan chelsea pada rabu. sekiranya mereka boleh bermain seperti itu, mungkin mereka akan membawa sedikit masalah kepada liverpool. prestasi mereka di tempat lawan tidak begitu memberangsangkan apabila hanya mencatat 2 kemenangan daripada 10 perlawanan. bagaimanapun, jaringan mereka adalah lebih banyak berbanding liverpool dan mereka mungkin menambah lagi jaringan gol pada malam ini.

perlawanan malam ini mungkin seimbang dan keputusan seri mungkin akan dicatatkan.

man city v blackpool
man city masih berusaha untuk bermain bola sepak yang sebenar. prestasi mereka di gelanggang lawan adalah yang terbaik dalam liga buat masa kini dan mereka berharap kemenangan 4-0 ke atas aston villa pada selasa akan menjadi pembakar semangat buat mereka menewaskan blackpool malam ini. melihat kepada situasi sekarang, mereka mungkin akan membeli pemain baru apabila musim perpindahan dibuka esok demi memastikan mereka berjaya menjulang piala epl musim ini.

blackpool banyak membuat kejutan sejak mereka dinaikkan dari liga championship. prestasi mereka di tempat lawan juga kini membanggakan dan mereka berharap dapat menewaskan man city malam ini. mereka meranapkan rekod sunderland apabila berjaya menewaskan the balck cats yang tidak pernah tertewas di gelanggang sendiri musim ini. tidak mustahil sekiranya mereka membuat kejutan ke atas man city dalam perlawanan malam ini.

melihat kepada prestasi blackpool kini mungkin mereka akan berjaya menyekat tevez dan balotelli namun man city mungkin akan menjadi pemenang malam ini.

stoke v everton
stoke kini meneruskan prestasi yo-yo mereka apabila tewas di gelanggang sendiri kepada fulham. mereka meletakkan pasukan mereka di bawah tekanan namun nasib tidak menyebelahi mereka. mereka mungkin berjaya menyekat kemaraan everton dengan sekurang-kurangnya seri, tapi 4 kekalahan di gelanggang sendiri mungkin menghantui mereka buat masa kini.

kedudukan everton dalam liga kini mungkin tidak berapa baik dan mereka patut berada lebih tinggi dari itu. masalah mereka ialah prestasi penyerang mereka yang tidak begitu memberangsangkan dan lemah dalam menjaringkan gol buat pasukan mereka. mereka harus berterima kasih kepada tim cahill namun mereka telah kehilangan khidmat pemain ini apabila dia dipanggil untuk tugas kebangsaan australia dalam piala asia.

stoke mungkin akan mendatangkan banyak masalah kepada pertahanan everton malam ini namun everton pasti akan mendapatkan keputusan seri mereka yang ketujuh di tempat lawan pada malam ini.

sunderland v blackburn
rekod tanpa kalah sunderland di tempat sendiri kini lebur apabila mereka ditewaskan balckpool pada selasa. namun mereka pasti akan memperbaiki corak permainan dan akan mendapatkan kembali kemenangan dalam perlawanan menentang balckburn yang mempunyai rekod buruk dalam perlawanan di gelanggang lawan.

blacburn berjaya mencatat kemenangan di gelanggang lawan minggu lepas apabila berjaya menewaskan west brom dengan jaringan nikola kalinic. namun penyerang mereka itu mendapat kad merah menyebabkan dia digantung 3 perlawanan. sebelum ini dia berada dalam senarai kecederaan dalam masa yang agak lama dan kini dia digantung lagi untuk 3 perlawanan.

sunderland harus bermain dengan baik di gelanggang sendiri untuk mencatatkan kemenangan dan seterusnya berjaya membawa mereka ke kancah europa league musim depan.

tottenham v fulham
spurs kini berada dalam prestasi terbaik mereka dan kini hanya tertinggal 1 mata dibelakang chelsea yang menduduki tangga ke-4 liga. mereka cuba untuk mencatat kemenangan dalam dua perlawanan terakhir setelah mereka terpaksa bermain dengan sepuluh orang dalam kedua-dua perlawanan. mereka hanya tewas sekali di gelanggang sendiri musim ini dan sekiranya mereka dapat menukar dari keputusan seri kepada menang mereka mungkin akan layak untuk ke liga juara-juara sekali lagi.

fulham tidak mencatatkan kemenangan dalam 26 perlawanan di tempat lawan sebelum mereka berjaya menewaskan stoke pada selasa dan berharap dapat meneruskan kemenangan itu dalam perlawanan malam ini. keputusan selasa lalu masih menenpatkan mereka di dalam zon penyingkiran. mereka mencatat keputusan 10 seri dalam 19 perlawanan menunjukkan mereka bukan pasukan yang mudah untuk ditewaskan.

perlawanan antara spurs dan fulham ini mungkin akan dimenangi oleh tuan rumah.

west ham v wolves
west ham masih berada di zon penyingkiran tetapi keputusan yang baik malam ini bermaksud mereka hanya berada dua mata di belakang untuk naik ke tangga-17. pertahanan west ham masih lagi berada di tahap yang teruk dan mereka harus menjaringkan sekurang-kurangnya 2 gol dalam setiap perlawanan bagi memastikan mereka tidak jatuh ke liga championship musim depan.

wolves mencatatkan keputusan manis pada rabu apabila berjaya menewaskan liverpool dan mereka dilihat untuk meneruskan keputusan itu untuk perlawanan malam ini. mereka mungkin berjaya mengelakkan diri dari tersingkir pada musim ini.

pemenang malam ini akan mendapat kredit untuk mengelakkan diri daripada tersingkir namun sukar untuk meramal siapa akan menang malam ini dan mungkin juga akan mencatatkan keputusan seri.

birmingham v arsenal
birmingham mempunyai rekod yang teramat baik dalam epl di gelanggang sendiri apabila hanya tewas sekali dalam musim ini. mereka tidak pernah berputus asa dalam setiap perlawanan dan mereka mencari gol penyamaan pada minit-minit terakhir perlawanan ketika menentang man united pada selasa. prestasi mereka ini pasti akan mendatangkan masalah buat benteng pertahanan arsenal malam ini.

arsenal tidak melakukan permainan yang terbaik setelah hanya berjaya mencatat keputusan seri ketika berhadapan dengan wigan pada rabu. mereka bermula dengan agak teruk dan kecuaian pertahanan mereka terus dihukum oleh wigan pada awal babak pertama. namun begitu, mereka mempunyai rekod yang cemerlang di tempat lawan sepanjang musim ini. dengan gandingan mantap fabregas dan van persie malam ini pasti akan menjadikan pertahanan birmingham tidak senang duduk.

birmingham pasti akan bermain dengan baik malam ini sepertimana mereka bermain dengan man united minggu lepas. namun mungkin perlawanan ini akan dimenangi the gunners.