January 2, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL 2 JAN 2011


chelsea v aston villa
chelsea kini berada dalam landasan kejuaraan kembali apabila mencatatkan kemenangan 1-0 ketika menentang bolton pada rabu. kemenangan itu meletakkan mereka masih di tangga ke-4 liga. mereka berjaya mencatat 7 dari 9 perlawanan di tempat sendiri dan itu merupakan kedudukan yang baik dan mereka juga hanya bolos 4 gol dalam9 perlawanan itu. chelsea melihat kemenangan itu sebagai kebangkitan untuk mereka kembali berada di landasan yang betul seperti mana pada permulaan musim.

aston villa kini berada dalam zon penyingkiran akibat prestasi buruk mereka dalam beberapa perlawanan sebelum ini. mereka mampu mencatat4 mata dalam 9 perlawanan di gelanggang lawan, tetapi hanya berjaya menjaringkan 5 gol dan bolos 22. kini mereka terpaksa berhadapan dengan tugas berat ketika menjadi pelawat kepada pasukan chelsea malam ini.

perlawanan malam ini mungkin akan berpihak kepada chelsea dan villa harus mengubah corak permainan jika ingin terus berjuang dalam kancah epl.

wigan v newcastle
wigan bermain dengan baik dalam perlawanan menentang arsenal pada rabu dan mereka kini cuba menjauhkan diri dari zon penyingkiran. mereka kini hanya berada 2 mata di belakang newcastle dan kemenangan malam ini akan menjadikan mereka akan memotong newcastle dalam kedudukan liga. wigan cuba bermain dengan corak yang lebih baik, dan mereka tidak pernah tewas di gelanggang sendiri sejak september dan ini menunjukkan satu keputusan yang positif dalam perlawanan. masalah besar mereka kini ialah sukar untuk menjaringkan gol, manakala charles n'zogbia pula digantung 3 perlawanan akibat dilayangkan kad merah setelah menerjah jack wilshere dalam perlawanan menentang arsenal.

newcastle bermain dengan baik semasa di bawah kendalian chris hughton tetapi dia dipecat dan digantikan dengan alan pardew dengan kontrak selama 5 tahun. misi mereka berdua adalah sama iaitu mengelakkan newcastle daripada disingkir ke liga championship, dan sekiranya newcastle masih lagi tidak dapat diselamatkan, alan pardew juga mungkin akan ditunjukkan jalan yang sama.

susah untuk menjangka pasukan yang akan menang malam ini. kemungkinanan besar ia akan berakhir dengan seri.