October 5, 2011

Alan Shearer Ganti Capello?



ALAN Shearer berkata, dia tidak sepatutnya diletakkan sebagai salah satu calon untuk menggantikan bos England, Fabio Capello yang akan mengundurkan diri musim panas depan. 

“Ada lagi calon yang lebih berpengalaman berbanding saya. 

“Apabila kita melihat apa yang orang seperti Harry Redknapp dan Roy Hodgson buat untuk kelab dan pengalaman yang mereka ada, rasanya saya tidak layak duduk bersama mereka,” katanya yang baru mahu mengambil lesen kejurulatihan Profesional Uefa. 

Shearer turut mengakui suka jika diberi peluang untuk memegang jawatan itu tetapi bukan sekarang sekali gus, menamakan Redknapp sebagai calon paling sesuai. 

“Saya gembira untuk melakukannya satu hari nanti, tetapi bukan sekarang kerana tugas itu pasti terlalu berat buat saya. 

“Saya rasa jika ingin mencari calon yang berpengalaman macam yang saya katakan pasti Harry orangnya kerana dia bijak dalam pengurusan,” katanya.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!