November 27, 2011

"Perebutan Juara Antara Man United Dan City"- Lucas




LONDON - Pemain tengah Liverpool, Lucas mengakui gelaran juara Liga Perdana England musim ini bakal menjadi rebutan Manchester City dan Manchester United.
Skuad kendalian Kenny Dalglish yang akan menentang City di Anfield pada malam ini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga itu.
Skuad The Reds itu juga ketinggalan tujuh mata di belakang juara bertahan, United yang menghuni tempat kedua selepas mengharungi 12 perlawanan.
Bagaimanapun, Liverpool berjaya bangkit dari persembahan hambar apabila menewaskan Chelsea 2-1 pada minggu lalu.
Di sebalik kejayaan menewaskan skuad kendalian Andre Villas-Boas di Stamford Brigde itu, Lucas yakin dua kelab dari Manchester itu memiliki kualiti untuk menjadi juara liga pada musim ini.
"Gelaran juara liga musim ini bakal menjadi rebutan antara dua kelab Manchester itu (United dan City)," kata pe- main tengah Brazil tersebut.
"United telah memenangi empat daripada lima perlawanan lalu, jadi tidak mengejutkan jika mereka berjaya beraksi dengan baik sekali lagi. Namun, ramai pihak yang tidak menjangkakan kekalahan 1-6 United kepada City di Old Trafford pada awal musim ini.
"City pula yang memiliki kuasa dari segi kewangan telah melabur dengan nilai yang besar sejak tiga tahun yang lalu. Mereka dilihat seperti memiliki 'dua' pasukan utama di dalam skuad kendalian Roberto Mancini.
"Apa yang penting, pemain City kini mula menerima falsafah dan corak permainan yang diterapkan oleh Mancini.
"Mereka masih mengekalkan rekod tanpa kalah dan saya melihat ketika mereka beraksi menentang Queen Park Rangers bebe- rapa minggu lalu.
"Mereka dilihat bergelut untuk mencatat kemenangan," ujarnya. - Agensi - Kosmo


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!