November 27, 2011

Tevez Bakal Ke Milan



MILAN - Ejen Carlos Tevez, Kia Joorabchian dilaporkan telah memulakan rundingan untuk membawa penyerang Argentina yang tidak gembira di Manchester City itu ke kelab gergasi Itali, AC Milan.
Joorabchian telah menghabiskan masa selama dua jam bersama Naib Presiden Milan, Adriano Galliani di ibu pejabat kelab Serie A tersebut pada Khamis lalu.
"Bola sepak sangat menarik di Itali, terdapat beberapa kelab yang hebat," kata Joorab- chian kelmarin.
"Milan aalah salah sebuah kelab yang terbesar di dunia dan sudah tentu ada kemungkinan Tevez akan menyertai kelab yang hebat tersebut."
Minggu lalu, pengurus City, Roberto Mancini berkata, keputusan Tevez pulang ke Argentina tanpa meminta kebenaran telah menutup peluang pemain untuk beraksi bersama kelab Liga Perdana England itu.
Tevez masih belum pulang ke Manchester dan baru-baru ini tidak menghadiri pertemuan bersama pendahulu Liga Perdana England itu untuk berbincang mengenai masa depannya.
Mancini enggan menjawab pertanyaan mengenai perkara itu dalam satu sidang media menjelang pertemuan menentang Liverpool kelmarin.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai Tevez."
Untuk rekod, Tevez tidak bermain sejak dilaporkan enggan mengikut arahan Mancini untuk memanaskan badan pada aksi Liga Juara-Juara menentang Bayern Munich, September lalu.
Selain Milan, Juventus turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan Tevez tetapi pertemuan bersama ejen pemain itu yang sepatutnya berlangsung kelmarin telah ditunda.
Ketika ini, Tevez masih mempunyai kontrak bersama City sehingga tahun 2014. - AFP


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!