November 27, 2011

Ferguson Berang Seri Dengan Newcastle


PENGURUS Manchester United, Alex Ferguson meninggalkan Old Trafford, malam tadi dengan rasa tidak puas hati apabila menyifatkan pegawai perlawanan sebagai punca pasukannya itu sekadar seri 1-1 dengan Newcastle.

United mendahului pada minit ke-49 menerusi Javier Hernandez tetapi tahap kesabaran Ferguson teruji apabila Newcastle dihadiahkan sepakan penalti kontroversi yang disudahkan Demba Ba untuk mengikat kedudukan pada minit ke-64.

Pemain pertahanan United, Rio Ferdinand tampak berjaya memenangi perebutan bola dengan Hatem Ben Arfa tetapi pengadil, Mike Jones memberikan sepakan penalti selepas berbincang dengan penjaga garisan, John Flynn.

Menurut Ferguson, Jones sepatutnya lebih berani untuk membuat keputusan bertentangan dengan penilaian penjaga garisan itu.

“Semua termasuk pengadi l terpinga-pinga. Pengadil memberikan sepakan sudut kerana dia berasakan Ferdinand berjaya mengeluarkan bola itu. Tapi akhirnya dia membenarkan penjaga garisan menukar keputusan awalnya itu.

“Ia memang keputusan mengejutkan. Ia memberi kesan kepada kami. Dua tahun lalu, apabila pengadil memberikan gol yang ofsaid kepada Chelsea, ia memberi kesan kepada kami. Harap kami takkan mengatakannya lagi pada akhir Mei nanti,” kata Ferguson.

United kekal di tangga kedua, empat mata di belakang Manchester City, namun pendahulu Liga Perdana Inggeris itu hanya akan turun beraksi menentang Liverpool di Anfield, jam 12 tengah malam ini. – mynewshub.my


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!