November 27, 2011

Rooney Pertahan Villas-Boas



LONDON - Wayne Rooney menyelar tindakan beberapa pihak yang mendesak supaya pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas dipecat.
Penyerang Manchester United itu menegaskan, ia adalah suatu perkara yang tidak masuk akal.
Rooney berkata, pengendali kelahiran Portugal itu mampu melakarkan kejayaan buat Chelsea seperti mana dilakukan Alex Ferguson di United.
"Ramai pihak mula bercakap yang dia (Villas- Boas) patut dipecat tetapi Chelsea harus membuat (strategi) pertukaran lain.
"Tidak perlu berbuat demi- kian (memecat Villas-Boas), saya langsung tidak lihat perkara itu akan menjadi lebih baik.
"Saya mengakui terkejut apabila masalah yang dihadapi Chelsea pada musim ini kerana mereka merupakan sebuah pasukan yang hebat pada beberapa tahun lalu dan sukar untuk ditewaskan.
"Sejak awal musim ini, mereka bermula sedikit hambar kerana masih mencari rentak di bawah pengurus baharu itu.
"Lihat pada United yang meraikan ulang tahun ke-25 di bawah pimpinan Alex Ferguson, pengurus Arsenal, Arsene Wenger dan pengurus Everton, David Moyes yang begitu cemerlang mengemudi kelab masing-masing.
"Untuk menyaksikan satu pasukan yang hebat tidak boleh dibentuk dalam satu masa yang singkat tetapi kita akan dapat lihat konsistensi.
"Jadi bagi saya, jalan yang terbaik adalah mengekalkan jurulatih yang sedia ada," ujarnya. - Agensi


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!