January 25, 2011

Taufik harapkan Chong Wei takluki kejohanan besar

lee_chong_wei_taufik_hidayat
(D5) - "Kebal dalam Siri Super, tetapi tidak pada kejohanan besar," itulah yang difikirkan oleh Taufik Hidayat mengenai prestasi jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Sehubungan itu, pemain badminton berusia 30 tahun itu mahu melihat Chong Wei dapat menakluki dan merangkul gelaran pada acara besar seperti Piala Thomas, Sukan Asia mahupun Olimpik.

"Dalam Siri Super, tiada siapa yang mampu menewaskan Chong Wei," kata Taufik yang juga kawan karib Chong Wei. "Fizikal dan mentalnya sangat kuat.

"Bagaimanpun, saya masih terkejut kerana beliau masih tidak memenangi Kejohanan Dunia."

Taufik yang juga pernah dua kali merangkul pingat emas Sukan Asia, sekali Kejohanan Dunia dan satu pingat emas sukan Olimpik percaya Chong Wei perlu memperbaiki prestasinya untuk mengejar gelaran berkenaan

"Beliau nampak tenang dan fokus ketika Siri Super, tetapi tidak pada kejohanan besar," tambahnya.