January 23, 2011

PREVIEW PERLAWANANAN EPL 23 JAN 2011

Malam ini hanya satu perlawanan diadakan iaitu antara Blackburn Rovers menentang West Brom. Manakala perlawanan terakhir untuk gameweek 24 ialah antara Bolton dan Chelsea yang akan berlangsung pada pagi Selasa.

Blackburn v West Brom
Blackburn mempunyai rekod yang baik beraksi di gelanggang sendiri, namun mereka kini sedang bergelut dengan masalah kecederaan yang melanda pasukan.

West Brom pula mungkin akan berusaha untuk menang malam ini dan menjadikan kemenangan ke atas Blackpool pada perlawanan sebelum ini sebagai penambah keyakinan untuk membenam cabaran Blackburn. Dengan hanya mencatat dua kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir dan bolos 24, mereka harus bangkit dan mencerahkan kembali sinar harapan skuad mereka untuk terus bersaing dalam EPL. Selama ini mereka bermain dengan cukup baik namun dalam beberapa minggu ini, aksi mereka agak tidak konsisten.

Corak permainan Balckburn malam ini mugkin akan mengkucar kacirkan barisan pertahanan West Brom, dan perlawanan dijangka dimenangi Blackburn dengan jaringan pebih dari satu.