January 22, 2011

PREVIEW PERLAWANAN EPL 22 JAN 2011

Perebutan takhta liga minggu ini bertambah sengit apabila pada malam ini akan menyaksikan beberapa pertemuan yang bakal merubah kedudukan liga. Kemenangan salah satu pasukan antara Arsenal, Man City, Spurs, atau Man United akan membawa kepada satu perebutan takhta yang begitu menarik. Kesemua top five memerlukan kemenangan untuk memastikan mereka mempunyai peluang untuk bersaing dalam perebutan takhta liga musim ini. Namun mereka tidak boleh menganggap perlawanan malam ini sebagai perlawanan yang mudah.

Wolverhampton v Liverpool
Liverpool akan berhadapan dengan Wolves yang mana hanya berada 4 mata di atas zon penyingkiran dan gagal mencatat kemenangan di bawah kendalian pengurus baru Kenny Dalglish. Dikatakan Dalglish ingin memastikan yang terbaik untuk skuad, namun masih tidak ada apa-apa yang boleh dilakukan olehnya semenjak menandatangani kontrak di Anfield.

Apa yang jelas, Fernando Torres kini mempunyai prestasi yang baik apabila berjaya menjaringkan 2 gol dalam 4 perlawanan akhir.

Wolves kini berada dalam zon penyingkiran dan memerlukan kemenangan bagi memastikan mereka dapat keluar dari kawasan berbahaya itu. Kemenangan mereka ke atas Chelsea dalam perlawanan terakhir di tempat sendiri dan memberi saingan sengit ketika menentang Man City seharusnya menjadi inspirasi kepada mereka untuk mencatat kemenangan malam ini.

Dijangka Wolves akan menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri dan tidak mustahil untuk mereka memenangi perlawanan malam ini.

Arsenal v Wigan
Arsenal meletakkan diri mereka 2 mata di belakang pendahulu liga Man United dan perebutan takhta kini berada di pihak mereka. Setelah kecewa dengan keputusan seri dengan Man City, Arsenal kembali memperbaiki rentak mereka apabila berjaya mencatat kemenangan ke atas West Ham.

Wigan berjaya mencatat keputusan seri 2-2 dalam perlawanan dengan Arsenal sebelum ini, tapi mereka tidak begitu yakin untuk menewaskan Arsenal malam ini. Mereka kini bergelut untuk keluar dari zon penyingkiran. Namun dilihat kepada perlawanan malam ini, mungkin mereka akan kekal berada dalam zon merbahaya itu.

Arsenal mempunyai banyak kelebihan berbanding Wigan dan perlawanan malam ini semestiya di dominasi The Gunners dan mereka pasti akan mencatat kemenangan malam ini.

Blackpool v Sunderland
Sunderlad akan memulakan perlawanan pertama mereka tanpa penyerang sensasi, Darrent Bent yang telah berhijrah ke Aston Villa dengan bayaran 18 juta pounds.

Sunderland kini berada dalam prestasi yang baik apabila berjaya meletakkan diri mereka di kedudukan ke-6 liga. Namun, sukar untuk diramal apa yang mereka boleh lakukan tanpa Darrent Bent. Khabar angin mengatakan bahawa mereka kini berusaha mencari pengganti Bent namun ini mungkin tidak membawa apa-apa kesan kepada pasukan itu.

Prestasi Balckpool kini mula goyah apabila mencatat keputusan tiga kalah dalam empat perlawanan akhir. Namun kejayaan menewaskan Sunderland pada perlawanan December lepas pasti akan menjadi inspirasi kepada mereka untuk turut memenangi perlawnana malam ini.

Blackpool mempunyai kelebihan malam ini dan perlawanan malam ini mugkin akan dimenangi mereka.

Everton v West Ham
Everton kini yakin untuk meneruskan baki perlawanan liga apabila berjaya mencatat kemenangan ke atas Spurs dan berjaya mengikat lawan setempat Liverpool dengan keputusan seri. Sebelum ini mereka bertungkus lumus untuk mencatat keputusan yang baik, namun perlawanan dengan West Ham malam ini pasti akan mengurangkan sedikit tekanan yang ditanggung oleh mereka.

West Ham kini berada di tangga tercorot liga dengan hanya berjaya mengutip 20 mata. Mereka mugnkin akan bermain bermati-matian malam ini untuk memastikan mereka berjaya membawa pulang 3 mata. Namun misi ini mugkin sukar bagi mereka.

Menandatangani Wayne Bridge sebagai pemain pinjaman mungkin akan membantu memperkuatkan lagi benteng pertahanan mereka, namun mungkin juga tidak akan membawa impak yang besar kepada mereka.

Kelebihan memihak kepada Everton dan mungkin West Ham akan balik dengan tangan kosong.

Fulham v Stoke City
Ketika pasukan lain sibuk dengan urusan jual beli dalam musim perpindahan Januari, kedua-dua pasukan ini hanya menumpukan kepada pembangunan dalaman pasukan mereka sahaja.

Setelah mecatat keputusan seri 1-1 dalam perlawanan minggu lepas ketika bermain di gelanggang Stoke, dilihat kedua mereka kini mempunyai peluang untuk mencatat kemenangan dalam perlawanan malam ini.

Stoke berjaya mendaki tangga liga yang menyaksikan mereka kini berada di zon yang selesa manakala bagi Fulham pula, mereka berjaya keluar dari zon penyingkiran.

Perlawanan antara mereka malam ini pasti akan mejadi pertemuan yang menarik dan menghiburkan. Perlawanan juga dijangka seimbang dan hanya tuah yang menentukan pasukan mana yang akan menang.

Man United v Birmingham
Birmingham mugkin merasakan mereka berhadapan dengan misi sukar dalam perlawanan minggu ini. Namun mereka harus menjadikan keputusan seri dengan Man United dalam perlawanan sebelum ini sebagai inspirasi untuk menambah keyakinan bahawa tidak ada yang mustahil dalam bola sepak.

Man United kini berada di puncak liga di hadapan Man CIty dan Arsenal. Rekod tanpa kalah mereka mugkin sekali lagi tidak akan berjaya dipecahkan minggu ini.

Kemenangan Man United malam ini pasti akan menghampirkan diri mereka dengan title juara musim ini.

Perlawanan mugkin akan dimenangi MAn UNited walaupun Birmigham dikatakan pasukan yang konsisten musim ini.

Newcastle v Tottenham
Kehadiran kelibat Steven Pienaar sebagai playmaker pasti akan menguatkan lagi jentera Redknapp. Spurs mungkin memerlukan khidmatnya dan beberapa pemain lain untuk memastikan mereka terus bersaing dengan pendahulu liga Man United.

Newcastle seharusnya gembira dengan prestasi sekarang setelah mereka berjaya melayakkan diri ke Premier League setelah disingkirkan ke Liga Championship pada musim sebelum ini. Mereka kini berada di kedudukan ke-9 liga dan berjaya mengutip 7 mata dalam 3 perlawanan terakhir.

Newcastle diharapkan dapat menggunakan kelebihan mereka bermain di gelanggang sendiri manakala Tottenham pula harus memastikan perlawanan malam ini tidak menjadi kekalahan kedua mereka setelah kalah dengan Everton.

Aston Villa v Man City
Persembahan Villa tidak boleh dibanggakan jika dibandingkan dengan prestasi mereka musim lepas, dan kemasukan Jean Makoun dan Darrent Bent mungkin akan mengubah nasib mereka untuk kembali berada di landasan sebenar.

Mereka akan berhadapan dengan Man City, pasukan yang mendadak naik yang mana kini berusaha untuk mengejar pendahulu liga, Man United.

Man City hanya berjaya merapatkan jurang kepada 2 mata dengan MAn UNited dalam lima perlwanan terakhir, termasuk permainan yang menarik mengikat Arsenal dengan keputusan seri.

Villa mungkin mempunyai tenaga yang cukup kuat untuk memberi saingan dalam perlawanan malam ini namun kealpaan mereka pasti akan dihukum jentera Mancini.

Perlawanan mungkin akan dimenangi Man City walaupun Villa menguatkan jentera serangan mereka.