RAJAGOBAL ketika sesi latihan terakhir di Kelana Jaya sebelum berlepas ke Australia, Selasa lalu.
“Kita buat persiapan biasa seperti apa yang harus dilakukan. Keyakinan dan semangat pemain begitu tinggi dalam sesi latihan tadi (malam tadi). Kita akan turun (esok) dengan tekad mempamerkan persembahan yang baik.
“Saya mahu pemain beraksi tanpa tekanan kerana ini bukan pertandingan sama seperti kelayakan Piala Dunia, hanya satu perlawanan persahabatan.
“Cuma yang penting, saya mahu terus melihat perkembangan para pemain kerana ini adalah salah satu proses untuk memilih pemain dan membina sebuah pasukan mantap,” kata Rajagobal ketika dihubungi di Canberra selepas sesi latihan, malam tadi.
Perlawanan esok bermula jam 8 malam waktu Australia iaitu bersamaan 5 petang waktu Malaysia.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!