June 11, 2011

Piala FA | Irfan Naik Angin





SKUAD Penyu tidak berpuas hati dengan sikap segelintir pegawai Kelantan yang dianggap tidak beretika apabila menyaksikan latihan pasukan itu di Stadium Nasional Bukit Jalil menjelang aksi akhir Piala FA, petang semalam.

Jurulatihnya, Irfan Bakti Abu Salim berkata, latihan mereka (Kelantan) dijadualkan pada jam 5.45 petang, malangnya pegawai terbabit sudah berada di situ sejak awal lagi dan menyaksikan apa yang dilakukan mereka.

“Apa yang saya ingin lakukan kepada pasukan terbantut gara-gara kehadiran mereka. Bagi saya perkara ini melanggar etika dan saya amat kecewa dengan apa yang berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai perlawanan akhir, Irfan Bakti tidak akan membuat sebarang perubahan drastik dari segi taktikal mahupun teknikal permainan. Malah, beliau cukup optimis pasukannya akan meraih kejayaan selepas kemarau 11 tahun Piala FA.

“Saya positif dan yakin kemenangan akan berpihak kepada kami. Kita dapat melihat keadaan dan moral anak buah saya juga baik.

“Tiga pemain saya yang bermain untuk kebangsaan juga telah kembali dari Lubnan dan mula berlatih dengan kami bermula Isnin lalu walaupun, mental mereka tidak bersedia tetapi saya pasti mereka mampu lakukan yang terbaik,” katanya.

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!