September 21, 2011

Kelayakan Olimpik London 2012 | Malaysia Tak Mampu Barai Samurai!



Malaysia memulakan kempen Kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia dengan kekalahan 2-0 kepada Jepun. 

Jepun memulakan kempen kelayakan Olimpik 2012 zon Asia dengan berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas pasukan Malaysia.

Hiroshi Kiyotake berjaya membuat lorongan cantik kepada Keigo Higashi untuk menghasilkan gol pertama Jepun seawal minit ke-10.

Jepun mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa pertama dan banyak percubaan dilakukan menguji ketangkasan penjaga gawang Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat.

Penjaga gol yang beraksi bersama pasukan Kelantan itu akhirnya tewas buat kali kedua pada minit ke-77 apabila pemain gantian Jepun, Ryohei Yamazaki yang menerima hantaran cantik dari Kensuke Nagai tidak mensia-siakan peluang terhidang setelah berlaku sedikit kekalutan di hadapan pintu gol Malaysia.

Perlawanan seterusnya akan berlangsung pada 22 November dimana Jepun akan menjadi pelawat kepada Bahrain manakala Malaysia akan menerima kunjungan dari Syria di Kuala Lumpur sehari selepas itu.


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!