May 19, 2013

Kelantan Sekadar Seri Di Laman Sendiri


Kota Bharu: Kelantan gagal menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Selangor dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, malam tadi.

Anak buah Bojan Hodak membuat asakan seawal minit keempat menerusi Indra Putra Mahayuddin yang melakukan percubaan dari luar kotak penalti, namun tersasar sebelum jaringan penyerang Selangor, Francis Forkey Doe pada minit ketujuh dibatalkan pengadil kerana ofsaid. 

Zairo penyelamat 


Peluang tuan rumah untuk membuka tirai jaringan hadir sekali lagi pada minit ke-34 namun hantaran Mohd Badhri Radzi dalam kotak penalti gagal ditanduk kemas Obinna Nwaneri.

Pelawat juga mendapat peluang untuk menghasilkan gol pendahuluan pada minit ke-36, namun sepakan percuma K Gurusamy dinafikan dengan ketangkasan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat.

Selangor akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Adam Davids bijak menanduk masuk bola hasil sepakan penjuru Raimi Md Nor pada minit ke-55 untuk gol pertama Red Giants.

Percaturan Bojan mengeluarkan Ahmad Fakri Saarani dengan menggantikan Zairo Anuar Zalani nyata berbaloi apabila rembatan kencangnya dari luar kotak penalti pada minit-66 gagal diselamatkan Norazlan untuk gol penyamaan Kelantan. 
Kelantan terus garang menyerang dan hampir memperoleh gol kedua menerusi Mohd Faiz Subri yang mendapat hantaran Indra Putra dalam kotak penalti pada minit-72, tapi rembatannya sedikit melepasi palang gol.

Di Stadium Shah Alam, skuad kendalian Abdul Rahman Ibrahim, PKNS berpesta gol menewaskan FELDA United 5-0. Gol-gol tuan rumah disumbangkan Fauzan Dzulkifli (m-34), Khairu Azrin Khazali (m-45), Patrick Ronaldinho Wleh (m-49), Roman Chemelo (m-59) dan Nizab Ayub (m-89).


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB