May 20, 2013

Pemain Letih Punca Seri- Bojan Hodak


Kota Bharu: Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak menyifatkan pemainnya keletihan kerana terpaksa mengharungi perlawanan paling banyak di dunia dalam tempoh satu setengah bulan sehingga mengakibatkan mereka kurang cemerlang ketika berdepan Selangor dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Malah, jurulatih dari Crotia itu berpendapat, pasukan Selangor yang dikendalikan Irfan Bakti Abu Salim turut menerima tekanan sama sekali gus menyebabkan sekadar mampu berkongsi satu mata selepas mencatat keputusan seri 1-1.


Hodak berkata, aksi yang dipamerkan anak buahnya di luar kemampuan sebenar anak didiknya dan mereka banyak melakukan kesilapan sehingga gagal mengutip mata penuh.

“Saya fikir secara teknikal ia perlawanan yang lemah dan penuh dengan kesilapan. Ini kerana kedua-dua pasukan (Kelantan dan Selangor) mengharungi perlawanan terbanyak di dunia dalam tempoh satu setengah bulan kebelakangan ini.


“Jadi, jika kita mahu lihat perlawanan bagus dan berkualiti mereka (pemain) perlu mendapat rehat secukupnya,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan, kelmarin.


Hodak tanpa berselindung turut menyuarakan kekecewaannya terhadap prestasi tidak menentu pemain baru, Ahmad Fakri Saarani meskipun sudah diberi kepercayaan untuk berada dalam kesebelasan utama.

Katanya, dia tidak tahu apakah punca bekas pemain kelab divisyen tiga Portugal, Atletico SC itu gagal mengekalkan prestasinya, namun akan membincangkan perkara berkenaan dengan pemain terbabit dalam masa terdekat.


“Saya tidak pasti apa masalah dia (Ahmad Fakri) sehingga gagal memberikan aksi terbaik. Ia dapat dilihat dengan jelas apabila bermain di sini (Kota Bharu) dan saya juga tidak tahu sama ada bermain di depan penyokong sendiri memberi tekanan kepadanya.

“Saya mungkin perlu bercakap dengan dia dan bertanya punca dia gagal memberikan aksi terbaik. Apa yang saya lihat dia bagus ketika latihan dan dapat bermain lebih baik di tempat lawan berbanding di tempat sendiri.-MyMetro


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB