February 21, 2011

Chelsea: Lima Pemain Yang Harus Bangkit Untuk Selamatkan Musim 2010-2011

Chelsea memulakan season 2010-2011 dengan aksi yang sangat cemerlang. Mereka dilihat sebagai pasukan yang bakal mengulangi pencapaian 2009-2010. Namun pada hari ini, Chelsea menjadi pasukan yang paling teruk dalam liga apabila mencatat beberapa keputusan yang di luar jangkaan. Mereka dijangka dapat mempertahankan Piala FA yang dimenangi mereka tehun lepas, namun kekalahan kepada Everton merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima oleh peminat.

Selepas beberapa perlawanan, mereka kini berada di tangga ke-4 liga dengan 12 mata dibelakang pendahulu, Man United. Pada minggu lepas, Chelsea tersingkir daripada saingan Piala FA apabila dikalahkan Everton menerusi sepakan penalti. Kini hanya satu piala sahaja yang mungkin akan menjadi milik mereka: Liga Juara-Juara.

Pada selasa ini, mereka akan terbang ke Denmark untuk perlawanan menentang FC Copenhagen untuk pusingan pertama kalah mati Liga Juara-Juara.

Chelsea boleh harus menyelamatkan diri mereka dalam musim ini untuk memastikan mereka terus menjadi pasukan yang digeruni di Eropah. Hanya dua perkara yang boleh menyelamatkan mereka musim ini iaitu dengan berada di tangga ke-3 Liga Perdana dan berjaya melangkah kaki ke final Liga Juara-juara. Selain itu, beberapa pemain juga harus bangkit bagi bersama-sama memainkan peranan untuk memastikan kelab mereka tidak tersingkir dari Liga Juara-Juara musim depan.

1. Fernando Torres
-perlu mendapatkan sentuhan sebenar
-perlu bangkitkan semangat Chelsea
-perlu menilai berbaloikah sumbangannya setakat ini dengan harga GBP 50 juta.
-harus menyesuaikan diri dengan sistem yang terdapat di Chelsea.
-harus fokus untuk memastikan dia memilih pasukan yang tepat

2. Michael Essien
-harus tunjukkan prestasi sebenar--sebelum ni baru pulih dari injured. mungkin prestasi tak berapa cergas.
-dia merupakan kunci kepada Chelsea. Jadi dia harus sedar bahawa dia memikul tanggungjawab yang besar.

3. Didier Drogba
-tunjukkan prestasi sebenar sebagai penggempur berbisa Chelsea.
-jangan terlalu malas dalam perlawanan
-kurangkan berlakon dalam setiap perlawanan
-fokus untuk menjaringkan gol
-tunjukkan kesungguhan kalau tak mahu dijual.(namanya tersenarai dalam senarai awal pemain yang akan dijual pada musim panas ini)

4. Frank Lampard
-buah hati Chelsea
-pemain yang paling konsisten dalam pasukan
-kurang cergas selepas kembali dari kecederaan

5. John Terry
-pembakar semangat kepada Chelsea
-kapten yang berkarisma
-prestasi kurang baik dalam beberapa perlawanan sebelum ini
-pemain yang tidak banyak mengumpul kad dalam perlawanan