February 20, 2011

Cadangan Pengambilan Pemain Import Dalam Liga Super?

Isu untuk mengambil pemain import dalam sukan bola sepak Malaysia masih lagi hangat diperkatakan. Ada cadangan supaya setiap pasukan yang bermain dalam Liga Super dibenarkan menggunakan perkhidmatan pemain import untuk menguatkan jentera pasukan.

Pengambilan pemain import sebenarnya mempunyai pro dan kontranya sendiri. Antara kebaikan pengambilan pemain import ialah ia dapat memberi pendedahan kepada pemain muda dalam pasukan untuk terus maju kerana mereka perlu bersaing dengan pemain import untuk mendapatkan peluang berada dalam kesebelasan utama skuad.

Namun kita juga harus ingat, sekiranya pemain import digunakan, boleh dikatakan dalam setiap perlawanan perkhidmatan pemain import ini akan digunakan 100%. Jadi bilakah pemain muda akan diberi peluang?

Kita sering mengaitkan boa sepak negara kita dengan bola sepak luar. Kononnya bola sepak luar maju kerana menggunakan perkhidmatan pemain import. Anggapan ini merupakan anggapan yang paling teruk dan paling bodoh. Bola sepa luar negara maju kerana banyak faktor seperti pendedahan, pengalaman, faktor fizikal dan sebagainya.

Jangan kita cuba bandingkan Liga Perdana England dengan Liga Malaysia. Walaupun dalam Liga Perdanan England ada pemain import dari pelbagai negara, namun kita harus ingat, England sendiri mempunyai ramai pemain berbakat. Pengambilan pemain import hanyalah untuk memeriahkan lagi liga mereka.

Kita juga harus ingat, mereka boleh ambil pemain import dan bayar gaji mahal-mahal sebab pemilik kelab mereka kaya. Setiap kelab mempunyai pemilik yang bertaraf jutawan. Malaysia macam mana pula? Adakah setiap pasukan merupakan pemilikan individu atau bernaung di bawah negeri?

Apabila orang yang tidak tahu pasal bola sepak, mula bercakap pasal bola sepak, beginilah jadinya. Jadi pesanan kepada mereka yang terlibat untuk mengambil pemain import, fikirkan balik. Sememangnya ada pro dan kontra, tapi mana yang lebih banyak. Banyak pro atau banyak kontra? Masing-masing jawab sendirilah.