February 25, 2011

Kuyt, Rossi Pamer Kelas Tersendiri

ENGLAND, (D5) - Jaringan minit terakhir Dirk Kuyt menghantar Liverpool ke babak 16 pasukan Liga Europa dengan kemenangan tipis 1-0 ke atas Sparta Prague di Anfield.

The Reds mempersiakan beberapa peluang awal menerusi Raul Meireles dan David Ngog untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Rangers turut layak selepas menyingkirkan Sporting Lisbon selepas menang 2-1 secara agregat.

Manchester City bakal berdepan dengan Dynamo Kiev pada peringkat seterusnya apabila memenangi perlawanan masing-masing.

City mencipta kemenangan mudah 3-0 ke atas Aris Thessaloniki sambil Dynamo menang besar 8-1 secara agregat ke atas Besiktas.

Zenit St Peterburgh turut lega selepas tentangan sengit Young Boys untuk 4-3.

Seperti dijangkakan, Bayer Leverkusen mudah melepasi peringkat seterusnya dengan kemenangan 2-0 Metalist Kharkiv.

PSV Eindhoven yang terikat dalam pertemuan pertama bangkit untuk mengatasi Lille 3-1 untuk layak 5-3 secara agregat.

Cuaca sejuk memerangkap Basel apabila terikat 1-1 ketika bertandang ke Spartak Moscow dan tersingkir dengan keputusan 4-3.

PSG layak menerusi jaringan tempat lawan ke atas BATE Borisov.

FC Twente melakar kejutan dengan menyingkirkan Rubin Kazan 4-2 sambil satu lagi kelab Belanda, Ajax meraih kemengan mudah 2-0 (5-0) ke atas wakil Belgium. Anderlecht.

Pasukan Portugal, Braga bangkit selepas tumpas dalam perlawanan pertama dengan Lech Poznan 2-1.

Perlawanan paling mencuri tumpuan dalam peringkat ini ialah pertemuan Villareal dengan Napoli. Selepas terikat tanpa jaringan sebelum ini, The Yellow Submarine berjaya mengatasi kelab mantap Itali musim ini itu dengan aksi dramatik 2-1 apabila Giuseppe Rossi muncul wira pasukannya.
Pusingan 16 pasukan:
Benfica lawan Paris Saint-Germain
Dynamo Kiev lawan Manchester City
FC Twente lawan Zenit
CSKA Moscow lawan Porto
PSV Eindhoven lawan Rangers
Bayer Leverkusen lawan Villarreal
Ajax lawan Spartak Moscow
Liverpool lawan Sporting Braga