May 15, 2013

Piala AFC: Kempen Kelantan Berakhir



HASRAT Kelantan untuk meneruskan aksi dalam kempen Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak kesampaian apabila tewas 0-2 kepada kelab Hong Kong, Kitchee FC di Stadium Sultan Muhammad ke IV, malam ini.

Keputusan itu sekali gus membuatkan Kelantan gagal untuk mara ke suku akhir buat kali kedua setelah melakukannya musim lepas.

Dalam perlawanan itu, Kelantan bermula garang memulakan serangan melalui gandingan Dimitri Petratos dan Indra Putra Mahyudin pada 10 minit awal namun gagal mengegarkan gol pelawat.

Ketika tuan rumah bertali arus melancarkan serangan, pelawat akhirnya memperolehi gol pertama hasil jaringan Lec Kechira yang tertampan bola dalam gawang sendiri ketika cuba mengekang asakan lawan.

Pelawat terus menggandakan kelebihan di penghujung babak pertama apabila penyerangnya, Paramo terus menghukum kealpaan benteng pertahanan tuan rumah dengan jaringan gol kedua menewaskan Khairul Fahmi Che Mat.

Bermula babak kedua, Kelantan membuat pertukaran dengan mengeluarkan Mohd Faiz Subri dan memasukkan Dickson Nwakaeme bagi memantapkan jentera serangan.

Kemasukan Nwakaeme merubah corak permainan tuan rumah dengan hantarannya berjaya ditanduk Norfarhan Mohammad untuk menewaskan penjaga gawang pelawat minit 63, tetapi Norfarhan terlebih dahulu dikesan berada dalam keadaan offside oleh penjaga garisan.

The Red Warriors terus menggandakan serangan untuk merapat kedudukan dan memperolehi tendangan percuma minit 70 diambil Petratos yang berjaya mengegarkan tiang gol kiri pelawat sebelum bola tersebut melantun kepada Nwakaeme yang mudah menolak masuk namun sekali lagi dibatalkan kerana offside.

Biarpun Kelantan berusaha mencari gol penyamaan bagi mengheret permainan ke masa tambahan, benteng pertahanan Kitchee kebal mempertahankan kelebihan dua gol itu untuk memastikan mereka mara ke peringkat suku akhir yang akan berlangsung Disember ini.- sinarharian


JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
Mesin Komisen 
Teknik Ninja Affiliate Jana Komisen $2,119 Cara Autopilot 
Panduan Pembenihan & Penternakan Ikan Keli 
Anak Pintar Cerdas 
Tips Rumahtangga Bahagia 
Jom Berhenti Merokok 
Teknik Mendidik Anak 
Rahsia Anak Soleh 
Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab 
Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB