QPR bangkit dengan pengurusan baru.
“Tony Fernandes memberi nafas baru kepada kelab hasil pendekatan inovatif beliau dalam menyampaikan mesej yang mendapat publisiti meluas kebelakangan ini,” katanya.
Mesej yang disebarkan Fernandes melalui Twiter baru-baru ini mengenai hasratnya untuk mendapatkan khidmat David Beckham, mencetuskan minat mendalam pelbagai pihak terhadap pemain handalan itu, yang kini bermain di Los Angeles Galaxy.
“Kami bersikap inovatif. Kamilah yang mencetuskannya. Kini, Spurs juga mahukan pemain itu, termasuk PSG dan Perancis sehingga LA Galaxy berkira-kira untuk memperbaharui kontraknya,” katanya.
QPR kini berada di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris sekali gus mengatasi kelab terkenal lain seperti Arsenal, Tottenham Hotspurs dan Fulham.
INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!