January 14, 2012

Lampard Bukan Untuk Dijual - AVB



Andre Villas-Boas sekali lagi menafikan laporan yang dianggap sampah tentang Frank Lampard yang bakal dijual Chelsea.


Villas-Boas merupakan jurulatih Chelsea yang pertama meletakkan Lampard di bangku simpanan, dan ini menambahkan lagi spekulasi tentang masa depan Lampard.


Lampard menolak untuk membuat kenyataan berkaitan perasaannya sepanjang berada di bangku simpanan dan juga menolak laporan bahawa berlaku sedikit masalah dalam hubungannya bersama Villas-Boas.


Namun Villas-Boas menolak segala spekulasi dan isu yang dikaitkan dengan penjualan pemain kebangsaan England itu.


"Kami bercakap setiap hari," katanya.


"Frank adalah satu-satunya pemain yang tidak akan dijual pada apa harga sekalipun," tambah Villas-Boas.