The Red Warriors itu bagaimana pun seperti mahu menyembunyikan ‘bisa’ sebenar mereka apabila jurulatih, Peter Butler bertindak tidak menurunkan beberapa tonggak termasuk penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.
Selepas rehat, Butler membawa masuk Indra Putra Mahyuddin, Norfarhan Mohamad dan Muhamad Ghaddar yang terus melancarkan serangan berbahaya ke arah gawang pelawat dikawal ketat Razi Afendy.
Di sebalik keghairahan Kelantan melancarkan serangan, mereka hampir dihukum oleh bekas penyerang Selangor, Rudie Ramli yang berjaya meloloskan diri daripada kekangan pemain pertahanan, S Subramaniam.
Pada minit ke-71, 10,000 penyokong setia Pahlawan Merah ceria apabila kapten pasukan, Mohd Badhri Radhzi merembat kencang selepas berlaku keadaan kelam kabut depan pintu gol PKNS untuk meletakkan Kelantan di hadapan.
Selang lapan minit kemudian, PKNS berjaya menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti disempurnakan Mohd Fauzan Dzulkifli selepas Rudie Ramli dijatuhkan penjaga gol muda, Mohd Syazwan Yusoff dalam kotak penalti.