May 30, 2011

BWF | batal peraturan paksa pemain wanita pakai skirt


Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memutuskan untuk membatalkan peraturan kontroversi yang memaksa pemain wanita memakai skirt apabila beraksi dalam perlawanan.

BWF yang mengadakan mesyuarat agung tahunan di Qingdao, China hujung minggu lalu sudah menunda pelaksanaan peraturan itu sehingga esok berikutan bantahan daripada kalangan pemain wanita.
Persekutuan itu berkata, ia akan terus menjalankan siasatan isu berkenaan apabila bertemu wakil pemain, yang tegas mendesak BWF mengubah peraturan berkenaan. - REUTERS

INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!