May 31, 2011

Barcelona | Terbaik dalam sejarah


Muncul kelab paling berjaya di Eropah, pukau peminat seluruh dunia

PARIS: Kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Manchester United pada final Liga Juara-Juara di Wembley kelmarin membawa kepada rumusan bahawa mereka adalah pasukan kelab Europah yang terbaik dalam sejarah.

Corak hantaran pendek menarik yang memecah benteng lawan oleh Xavi, Andres Iniesta dan Lionel Messi, memukau peminat sukan itu di seluruh dunia, manakala jurulatih pasukan Pep Guardiola sehingga kini menjulang 10 trofi utama sejak 2008.

Sukan AFP melihat beberapa saingan Barcelona sebagai pasukan terbaik Eropah sepanjang masa.

 REAL MADRID 1955-1960 - Real Madrid memenangi lima edisi awal Piala Eropah. Alfredo di Stefano dan Ferenc Puskas adalah bintang menjaringkan semua tujuh gol — tiga oleh Di Stefano, empat oleh Puskas — ketika membelasah Eintracht Frankfurt 7-3 pada final Piala Eropah 1959-60.

Trofi: Piala Eropah/Liga Juara-Juara 1955-56, 1956-57, 1957-58, 1958-59, 1959-60, Piala Antara Benua 1960, Liga Sepanyol 1956-57, 1957-58.

AJAX 1970-1973 - Pasukan pertama selepas Real Madrid yang memenangi Piala Eropah tiga kali berturut-turut, dan pada 1972 juga menjadi pasukan kedua selepas Celtic pada 1967 menjulang tiga piala dalam semusim iaitu Piala Eropah, kejohanan liga domestik dan piala domestik. Jurulatih, Rinus Michels memperkenalkan ‘Total Football’ — yang menyaksikan pemain bebas bertukar posisi. Bintang utama ialah Johan Cruyff, Ruud Krol dan Johan Neeskens.

Trofi: Piala Eropah/Liga Juara-Juara 1970-71, 1971-72, 1972-73, Piala Antara Benua 1972, Piala Super UEFA 1973, Liga Belanda 1971-72, 1972-73, Piala Belanda 1970-71, 1971-72.
LIVERPOOL 1974-1985 - Bob Paisley mengemudi Reds menjulang Piala Eropah tiga kali. Joe Fagan kemudian membawa kelab itu mengecapi kejuaraan keempat pada 1984.

Bintang utama ialah Kenny Dalglish, Kevin Keegan dan Ian Rush.

Trofi: Piala Eropah/Liga Juara-Juara 1976-77, 1977-78, 1980-81, 1983-84, Piala UEFA 1975-76, Piala Super UEFA 1977, juara Divisyen 1 Inggeris 1975-76, 1976-77, 1978-79, 1979-80, 1981-82, 1982-83, 1983-84, Piala Liga Inggeris 1980-81, 1981-82, 1982-83, 1983-84.

AC MILAN 1987-1994 - Dibarisi tiga rangkaian penyerang Belanda Marco van Basten, Ruud Gullit dan Frank Rijkaard sebagai nadi, mereka memenangi Piala Eropah pada 1989, 1990 dan 1994.

Bintang utama Marco van Basten, Ruud Gullit dan Franco Baresi.

Trofii: Piala Eropah/Liga Juara-Juara 1988-89, 1989-90, 1993-94, Piala Antara Benua 1989, 1990, Piala Super UEFA 1989, 1990, 1994, Liga Itali 1987-88, 1991-92, 1992-93, 1993-94.

BARCELONA 2004-2011 - Xavi dan Andres Iniesta di barisan tengah membuat umpanan untuk bintang Argentina Lionel Messi, membolehkan Barca menempatkan diri sebagai pasukan terbaik Eropah selepas menewaskan Manchester United pada final Liga Juara-Juara 2008-09 dan 2010-11.

Bintang utama: Lionel Messi, Xavi dan Andres Iniesta.

Trofi: Piala Europah/Liga Juara-Juara 2005-06, 2008-09, 2010-11, Piala Dunia Kelab FIFA 2009, Piala Super UEFA 2009, Liga Sepanyol 2004-05, 2005-06, 2008-09, 2009-10, 2010-11, Piala Sepanyol 2008-09. - AFP


INVITE FRIENDS TO CHURPCHURP TODAY!
ARE YOU THE 'MOST WANTED?'
MAROON 5 GRABS HTC!